Tuesday, June 5, 2012

Dapatkan Siri Kembara Hafiz secara set melalui online!

Assalamualaikum adik-adik dan pembaca semua,
Apa khabar?

Diam tak diam, Siri Kembara Hafiz sudah enam siri semuanya. Dari mula Hafiz kecil dan datang ke Kampung Sewarna, kemudian menjadi dewasa sehinggalah ke pengakhir sirinya.

Kak Kusyi sebagai penulis novel ini rasa sangat gembira kerana Kembara Hafiz mempunyai ramai pembaca dan pengikut setia. Ada yang tidak sabar-sabar mahukan versi dewasa tetapi Kak Kusyi terikat dengan permasalahan dengan pihak penerbit.

InsyaAllah, ada rezeki dari Allah dapatlah versi novel dewasa direalisasikan.

Sekiranya adik-adik mengalami kesukaran mendapat siri-siri novel ini di pasaran, jangan susah hati lagi ya! Adik boleh membelinya secara online sahaja daripada kami dengan menghubungi emel kusyihirdan@gmail.com untuk tempahan.

Kami menjual Siri Kembara Hafiz dalam bentuk set yang mengandungi kesemua 6 siri dengan harga istimewa RM80 (tidak termasuk pos). Boleh juga membeli novel yang anda pilih sahaja.

Hubungi kami ya!  kusyihirdan@gmail.com

Terima kasih.