Sunday, August 23, 2009

Kita bertemu!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kita dapat bertemu di sini.

Apa khabar semua? Diam tak diam, sudah 4 Siri Kembara Hafiz berada di pasaran. Dari Dunia Baru, Rahsia Terbongkar, Janji Sahabat dan Hafiz ke Sabah, walau awalnya melangkah perlahan-lahan tetapi kini Kembara Hafiz semakin mengumpul kumpulannya sendiri, kebanyakannya sudah di cetakan kedua dan mengalami perubahan tersendiri. Untuk cetakan terbaru, cover buku pun sudah berlainan ya. Lebih kemas, cantik dan sedap mata memandang.


Maka wajarlah Siri Kembara Hafiz mempunyai blog khasnya sendiri sekarang. Sudahkah adik-adik mendapatkan keluaran khas Kembara Hafiz sempena Ramadan dan Syawal.

Tajuknya: Selamat Hari Raya The Silver.

Jangan lupa dapatkan di pasaran ya! Memang seronok ceritanya. Selalu The Silver seronok hendak menyambut raya tetapi kali ini ada yang tak kena. The Silver mungkin dibubar!!!

Alamak!

Di sini kita berbicara tentang Hafiz, Laili, Amir, Izham dan si kembar Salwa dan Salwani. Siapa yang paling adik-adik sukai? Yang menyampah pula? Janganlah menyampah pada Salwa, kasihan dia... hehehe... Izham? Ya, dia semakin handsome sekarang dan suka perasan.

Laili, sejak sekolah menengah sudah bertudung dan menutup aurat. Mulutnya? Masih lancang seperti dahulu hehehe... tetapi hati Laili baikkan?

Hafiz dan The Silver semakin dewasa dan mari kita sama-sama dewasa bersamanya. Kenangan zaman kecil pula jangan dilupa, ya.

Harap pembaca semua sudi memberi komen di sini dan menjadi Geng Hafiz.


----------------------------------------------------------


Kuiz :


1. Siapakah nama emak saudara kesayangan Hafiz?

2. Antara kesemua The Silver, siapa yang pernah bersekolah asrama penuh? Kenapa dia tidak suka di sekolah itu?

3. Apakah hobi Hafiz?

4. Apakah sifat-sifat Laili yang adik-adik gemari?

Syarat penyertaan: Adik mesti menjadi Geng Hafiz dahulu! Cuma klik di komen dan nyatakan:

1) Nama

2) Umur

3) Asal

4) Beli buku ini di mana?

kemudian baharulah Emel jawapan ke: sirihafiz@gmail.com/ Tarikh tutup 31 Mac 2009


7 comments:

  1. 1) nama ; amir shahrom

    2) Umur ; 12 tahun

    3) Asal ; sungai buloh,selangor

    4) Beli buku ini di ; MPH bookstore,Midvalley

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Amir kerana menjadi Geng Hafiz. Nama pun sama dengan dengan kawan si Hafiz tu. :)


    Kak Kusyi Hirdan

    ReplyDelete
  3. Nama: Nur'ain Soofiyah
    Umur: 13 tahun
    Asal: Shah Alam, Selangor
    Beli bku di: MPH bookstore

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nur'ain

    Marilah sertai kuiz di atas!

    Adakah adik dah baca kesemua siri-siri Kembara Hafiz?


    KAK KUSYI HIRDAN

    ReplyDelete
  5. Nama:Siti Khadijatulrraadiah
    Umur:14 tahun
    Asal:Kulaijaya,Johor
    Saya tidak beli buku ini....tetapi meminjamnya dari kawan adik saya...

    ReplyDelete
  6. Salam adik siti, sedapnya nama :)

    Pinjam buku kawan pun tak apa, saling tukar menukar, lagi banyak baca buku lagi bagus, ya, adik. Harap adik sudah membaca kesemua siri kembara hafiz, setakat ini ada 5 semuanya.


    Kusyi Hirdan

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak kusyi!

    nama: raja nor izzati
    umur: 13 tahun
    asal: kota bharu, kelantan
    beli buku di: MPH Bookstore

    komen: pertama kali saya mengetahui tentang 'kewujudan' buku ini ialah semasa saya meminjamnya daripada seorang rakan. semasa pertama kali saya membacanya, saya amat tertarik dengan isi dan jalan ceritanya.dengan rasa ingin tahu apakah yang akan terjadi seterusnya, saya membeli siri yang seterusnya.

    SELAMAT MAJU JAYA KAK KUSYI!!

    SALAM,
    IZZATI

    ReplyDelete