Sunday, August 23, 2009

Kita bertemu!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kita dapat bertemu di sini.

Apa khabar semua? Diam tak diam, sudah 4 Siri Kembara Hafiz berada di pasaran. Dari Dunia Baru, Rahsia Terbongkar, Janji Sahabat dan Hafiz ke Sabah, walau awalnya melangkah perlahan-lahan tetapi kini Kembara Hafiz semakin mengumpul kumpulannya sendiri, kebanyakannya sudah di cetakan kedua dan mengalami perubahan tersendiri. Untuk cetakan terbaru, cover buku pun sudah berlainan ya. Lebih kemas, cantik dan sedap mata memandang.


Maka wajarlah Siri Kembara Hafiz mempunyai blog khasnya sendiri sekarang. Sudahkah adik-adik mendapatkan keluaran khas Kembara Hafiz sempena Ramadan dan Syawal.

Tajuknya: Selamat Hari Raya The Silver.

Jangan lupa dapatkan di pasaran ya! Memang seronok ceritanya. Selalu The Silver seronok hendak menyambut raya tetapi kali ini ada yang tak kena. The Silver mungkin dibubar!!!

Alamak!

Di sini kita berbicara tentang Hafiz, Laili, Amir, Izham dan si kembar Salwa dan Salwani. Siapa yang paling adik-adik sukai? Yang menyampah pula? Janganlah menyampah pada Salwa, kasihan dia... hehehe... Izham? Ya, dia semakin handsome sekarang dan suka perasan.

Laili, sejak sekolah menengah sudah bertudung dan menutup aurat. Mulutnya? Masih lancang seperti dahulu hehehe... tetapi hati Laili baikkan?

Hafiz dan The Silver semakin dewasa dan mari kita sama-sama dewasa bersamanya. Kenangan zaman kecil pula jangan dilupa, ya.

Harap pembaca semua sudi memberi komen di sini dan menjadi Geng Hafiz.


----------------------------------------------------------


Kuiz :


1. Siapakah nama emak saudara kesayangan Hafiz?

2. Antara kesemua The Silver, siapa yang pernah bersekolah asrama penuh? Kenapa dia tidak suka di sekolah itu?

3. Apakah hobi Hafiz?

4. Apakah sifat-sifat Laili yang adik-adik gemari?

Syarat penyertaan: Adik mesti menjadi Geng Hafiz dahulu! Cuma klik di komen dan nyatakan:

1) Nama

2) Umur

3) Asal

4) Beli buku ini di mana?

kemudian baharulah Emel jawapan ke: sirihafiz@gmail.com/ Tarikh tutup 31 Mac 2009